Friday, March 30, 2012

Raja Kechil Sulong Perak Mangkat

Alllahyarham Raja Datuk Seri Ashman Shah
 
IPOH: Anakanda Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, Raja Kechil Sulong Perak, Raja Datuk Seri Ashman Shah mangkat di kediamannya di Bukit Damansara, kira-kira jam 1.30 pagi tadi.

Baginda yang berusia 54 tahun meninggalkan seorang isteri, Datuk Seri Noraini Jane Ariffin, seorang putera Datuk Ahmad Nazim Azlan Shah serta dua puteri, Raja Eminah Alliyah dan Raja Bainunisa Safia.

Jenazah akan disemadikan di Makam Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar selepas solat Asar.

Jenazah baginda dibawa ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar 6.30 pagi tadi.

Raja Ashman yang terkenal dengan sifat mesra rakyat adalah anakanda ketiga Sultan Perak daripada lima adik-beradik iaitu Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah, Datuk Seri Raja Azureen, Datuk Seri Raja Eleena dan Datuk Seri Yong Sofia.

Raja Ashman dilantik menjadi Raja Kechil Sulong Perak pada 16 Mac 2010.

AL-FATIHAH

p/s :sumber berita dari bharian online





No comments: