Thursday, June 17, 2010

Kesian....Spain Kalah....

REAKSI Gelson Fernandes (kanan) selepas meledak gol untuk Switzerland ketika menentang Sepanyol dalam saingan Kumpulan H, malam tadi.
 
 
Switzerland lakar sejarah kejut skuad pilihan

DURBAN: Switzerland mencipta kejutan terbesar dalam Piala Dunia kali ini apabila gah menewaskan juara Eropah, Sepanyol 1-0 dalam saingan Kumpulan H, malam tadi – kemenangan pertama ke atas lawan mereka itu selepas 19 pertemuan. 
Gol tunggal Gelson Fernandes pada minit ke-52 selepas satu kekalutan oleh pertahanan Sepanyol dalam kotak penalti memberi kemenangan bermakna bagi pihak lawan manakala anak didik Vicente Del Bosque yang penuh dengan limpahan bakat gagal mencari ruang menembusi benteng lawan yang kebal. 
“Kami mencuba dengan corak permainan lebih garang tetapi gagal menjaringkan gol. Ini bukan hari kami. Kami mendominasi seluruh permainan.
“Kekalahan ini bermakna kami tiada pilihan kecuali mesti memenangi baki dua perlawanan kumpulan,” kata pengendali itu.

Gol kemenangan lawan terhasil selepas penjaga gol, Iker Casillas berlaga dengan penyerang, Eren Derdiyok dan pemain pertahanan Sepanyol, Gerard Pique gagal menyekat bola yang menuju ke arah gawang sebelum Fernandes menerpa menolak masuk.

Switzerland yang bermain dengan meletakkan sembilan pemain di belakang bola berjaya melakar sejarah dan kini kemenangan itu memberi mereka harapan mara ke pusingan kedua seperti dilakukan empat tahun lalu di Jerman. – AFP

Kesian Ayah, team yang disokong kalah ler plak
Agak2nyer Ayah frust ker eh
Sebab pagi tadi tgk Ayah ok jer cam biasa
Tak tau ler plak kot kena kutuk ngan member2 die hehehehe
Sabo jele eh
Tuh ler len kali soh anak2 buah Abang tuh keje keras hahahaha

p/s : sumber berita dari cni

1 comment:

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

demam bola seantero donia.. he3..