Sunday, July 31, 2011

Hantu Bonceng e@Curve by Astro Life

Assalamualaikum semua
Nih nak citer aktiviti Jumaat lepas
Actually hari Khamis Ibu dapat call
Orang dari Astro Life call Ibu
Tapi guna no hp Ayah
Sebenarnya akaun Astro memang nama Ibu
No tipon jer pakai no Ayah

Sebelum tuh depa ade anto sms kat hp Ayah
Katanya kepada 200 orang pertama yang reply
Akan dapat 2 tiket wayang tgk Hantu Bonceng
Ayah pon reply ler
Tak sangka lak dapat
So hari Jumaat tuh Ibu coti ler jawapnya
Ayah dah memang MC kan

Kami kuar umah dalam kul 11 pagi
Sampai kat sana kami jalan2 dulu
Pastuh teman Ayah p solat Jumaat kat Masjid Ghufran
Kami dok ler dalam keta jer sambil2 camwhore





Pas Ayah sudah solat kami terus p jalan2 kat Tesco n makan
Pastu seberang jalan jer p kat The Curve
Pastuh terus ke e@Curve nak redeem tiket
Masa sampai tuh kami orang yang kedua
Sekali ade potographer lak kat situ
Ibu takde le malu2 alah pon sengih memanjang hehehehe

Time nih Arissa tgh tido dalam stroller
Masa amik tiket tuh die tanya anak akak camne pangku ker
Ibu jawap pangku jele kot
Die tanya nak seat lagi tak
Ibu tanya boleh ker
Die kata boleh so dapat ler 3 tiket hehehehe
Boleh pilih lak nak dok katne
Mula2 die nak bagi kat tgh betul2
Ibu mntk tepi sebab senang kan ade anak kecik

Yang memalukan tuh siap kena intebiu lak pastuh
Mengarut jer Ibu jawap
Lantak ler heheheheh






Citer nih memang kelakar ler
Yang paling tak tahan bespren Zizan dlm citer nih
Dlm citer nih panggil Kunyit tapi memang happening
Masa show tuh Ahmad Idham dok kat blakang kitaorg
Die pengarah pon biler tgk dok gelak besor
Ni kan pulak kami
Pas habis show kami dapat ler bergambor ngan pelakon
Tapi yang dtg cuma Tai (Kunyit) n Lan Komeng (Dani)
Ngan Ahmad Idham pon amik gambo gak



Overall citer nih memang fun ler
Ibu memang suggest tgk ler citer nih
Tak sabar lak nak tunggu tayangan die 31 Ogos nih



Syarikat Produksi: Excellent Pictures Sdn. Bhd.
Judul Filem : Hantu Bonceng
Jenis Filem : Filem Cereka
Durasi : 90 Minit
Bahasa: Bahasa Malaysia
Tarikh Tayangan : 31 Ogos 2011
Lakonan : Zizan Raja Lawak sebagai Amran, Juliana Evans sebagai Ayu, Jue Aziz sebagai Halimaton, Taiyuddin Bakar sebagai Kunyit

Sinopsis Hantu Bonceng (31 Ogos 2011)

Mengisahkan Amran(Zizan) seorang budak Delivery yang sering terlibat dengan perlumbaan motor Drag secara haram. Cerita bermula apabila Amran memenangi satu perlumbaan drag haram dan di beri habuan seorang bohsia (Maya). Bohsia itu telah membonceng motor Amran untuk di bawa ke port. Malang tidak berbau apabila motor Amran telah dilanggar lori semasa keluar simpang.

Bohsia itu mati ditempat kejadian dan Amran telah dikejarkan ke hospital. Hidup Amran mula berubah selepas kejadian tersebut. Setiap malam Amran akan dihantui oleh Bohsia itu. Amran tension dan meminta bantuan kawan karibnya Kunyit (Tai). Mereka bersama telah berikhtiar dengan pelbagai cara untuk menghapuskan badi Amran itu. Tanpa mereka sedari, mereka mula menjadi baik dan mula menghargai kehidupan mereka dan tidak lagi terjebat dengan aktiviti yang tidak sihat itu.

Trailer Filem Hantu Bonceng


So enjoy the show 
Berbaloi2 utk ditengok banyak kali... 




1 comment:

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

tajuk mmg dah kelakor! sinopsis pun macam kelakor! pelakon lak klu dah ade zizan tu, mmg sah2 la kelakor kan? ha3.. nak tgk jugaklah!