Showing posts with label kematian. Show all posts
Showing posts with label kematian. Show all posts

Monday, August 25, 2014

3 Tahun Sudah Usia Pemergiannya

Assalamualaikum semua
Ni Ibu amik dari status FB Anyah
Dah 3 tahun die meninggalkan kami semua
Sedih masih lagi terasaMoga adikku damai dialam sana


Zuhaili Lee 
Hari ni 16 Syawal. 
Terkenang 3 tahun yg lalu kami kehilangan kamu dpd dunia yg fana ini; pergi utk menemuiNya buat selama2nya. 
Rela atau tidak itu sudah ketentuanNya. 
Pastinya adikku sdg bahagia di sisi Maha Pencipta. Al Fatihah..... 
Mohammad Zuhaili dlm kenangan.....














Tuesday, June 24, 2014

DariNya Kita Datang KepadaNya Kita Kembali

Assalamualaikum semua
Lama dah Ibu tak menulis kat cni
Just nak jot down sedikit je ni
Hati ini masih lagi berduka

Tanggal 26 Mei yang lepas
Abah kesayangan kami telah kembali ke rahmatullah
Tepat jam 5.30 petang
Abah pergi untuk menemui kekasihnya
Dan juga menemui anak kesayangannya
Yang telah terdahulu dijemputNya

Syukur Alhamdulillah kami 3 beradik dapat menatap Abah untuk kali terakhir
Hampir sebulan pemergian Abah
Rasa rindu masih lagi terasa
Semoga Abah tenang disamping penciptamu

Abu Zaid bin Panjang Abdul Razak
13.12.1946 - 26.05.2014
Semoga Abah tenang disana
Kami disini sentiasa mendoakanmu

AL-FATIHAH     



Sunday, September 25, 2011

Kehilangan Itu


Assalamualaikum semua
Maaf sebab lama tak update blog nih
Ibu masih belum mempunyai kekuatan untuk menulis lagi
Nih pon Ibu gagahkan tangan untuk menaip
Terasa beratnya hati nih
Terasa beratnya dugaan kali nih
Terasa maha hebatnya dugaan yang terpaksa ditempuh oleh kami
Namun kami redha atas ketentuanMu
Pada tanggal 14 Sept 2011 @ 16 Syawal 1432H
Adik kesayangan kami telah kembali ke Rahmatullah
Pemergiannya amat mengejut sekali
Tiada siapa dapat menghalang
Tiada siapa dapat menegah...
Semua ini ketentuan Ilahi
Adik kesayangan kami telah terlibat dengan kemalangan jalan raya
Berita yang amat mengejutkan kami semua
Walaupon kami sayangkan arwah
Tapi Allah SWT lebih sayangkan arwah
Kami redha Ya Allah

Ibu tak dapat nak bercerita lebih lanjut lagi nih
Sebab masih lagi terasa kehilangan itu
InsyaAllah bila dah stabil nanti Ibu akan bercerita
Juga untuk kenangan kami semua

Kepada adik kami yang tersayang
Semoga dikau tenang disana
Semoga dikau ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman
Semoga syurga Firdaus menantimu dik
Kami sentiasa mendoakanmu
AL-FATIHAH

 
Dalam kenangan
18 Februari 1986 - 14 September 2011
Semoga dikau tenang disana...






Wednesday, January 26, 2011

Kematian

Salam semua
Ibu baru dapat panggilan dari kawan Ibu Shelly
Die bagitau yang Abah kawan kami Angah baru meninggal
Innalillahiwainnailahirojiun

Ibu baru pas call Angah
Katanya Abah accident sendiri
Bukang dilanggar atau melanggar
Katanya keta masuk longkang
Skang masih lagi kat Hospital Ipoh
Sedih biler dengar berita gni
Ibu harap Angah tabah menghadapi dugaan
Banyakkan bersabar dan bertawakal
Allah SWT lebih sayangkan Abah
Semoga rohnya dicucuri rahmat
Al-Fatihah




 

Wednesday, January 12, 2011

Kematian

Salam semua
Malam tadi dapat call dari Anyah
Suara dah cuak giler
Ingatkan demam ke ape
Rupanya suara menahan sebak

Anyah bagitau yang makcik kitaorg (Mak Mok) sepupu Opah meninggal malam tadi
Mak Mok memang ade sakit kencing manis n darah tinggi
Ibu memang tak berapa rapat sangat ngan dia
Tapi akan terasa gak kehilangan die
Semoga roh arwah dicucuri rahmat






Tuesday, May 11, 2010

DaripadaNya Kita Datang, KepadaNya Kita Kembali

Malam tadi dapat call dari Abah Ibu guna phone umah
Ibu call balik tapi tak dapat
Ibu call hp Abah lak tapi Mak yang angkat
Tanya lah kenapa kan
Mak bagitau jiran kami Opah Nab baru jer meninggal
Time tuh baru kul 930 kot
Die meninggal dalam kul 9 mlm
Terkejut sgt dengor
Sebab die tak penah lak terlantar sakit
Mak citer die demam dari hari Sabtu lepas
Bawa p klinik semua siap amik darah lagi
Takut kena denggi 
Tapi result darah tak menunjukkan ada denggi pon

Mak citer pagi semalam Mak p tgk die kat umah
Masa tuh anak die nak bawa p specialist amik darah 
Die ajak Mak ikut sekali
Mujurlah Mak Ibu ikut
Kalau tak mesti ralat
Malam tadi plak memang kena p amik darah lagi
Tapi die pon dah tak larat sgt nak jalan
So anak2 die panggil ambulans
Tak sempat ambulans sampai die dah pergi dulu

Paramedik cuma dtg mengesahkan kematian die jer
Sedih tol dengar Mak Ibu citer
Mak kata berkurang lagi kawan die
Nak buat camne kan dah sampai ajal die
Kami semua pon terkilan gak tak dapat jumpa die
Kami pon dah lama tak balik kg
Memang rindu kat Opah Nab nih

Setiap kali kami balik kg die mesti jenguk
Tanya khabar n mesti nak usik2 anak kami
Sedihnya biler ingat kat die
Hanya doa mengiringi pemergianmu
Semoga ditempatkan bersama orang2 yang beriman

AL-FATIHAH




Thursday, April 1, 2010

Takziah


Pagi tadi Ibu dapat call dari kawan baik Ibu kat Ipoh Shelly
Dengo suara pon macam org menangis jer
Ibu terkejut gak mula2
Tapi biler die bgtau perkabaran sedih lagi Ibu terkejut
Kawan kami masa sekolah menengah dulu telah kembali ke Rahmatullah semalam
Kawan kami Arwah Azrina Hj Mior Husin meninggal dalam satu kemalangan jalanraya di Klang
Menurut sumber Arwah Rina kemalangan semasa balik dari kerja
Ibu pon tak pasti Arwah naik kereta or moto
Arwah meninggalkan suami dan seorang anak perempuan berusia 3 tahun (if Ibu tak silap)
Biler tgk gambo anak Arwah teringat kat anak Ibu plak
Kesiannyer anak Arwah 
Kecik2 dah kehilangan Ibu
Semoga Allah mencucuri rahmat keatas Arwah

Yang paling Ibu sedih bila tgk fb Arwah
Baru semalam pagi kot Arwah tulis ayat2 nih

Apabila aku kesepian hiburkanlah aku dengan suaramu. Apabila aku tersesat selamatkan aku dengan doamu. Apabila aku sakit ubatilah aku dengan rasa kasih sayangmu. Apabila aku mati jangan mandikan aku dengan air matamu. Apabila aku dikuburkan, kuburkan aku dalam hatimu.

Arwah macam dah terasa yang beliau akan meninggalkan kami semua
Memang sedih
Jenazah Arwah akan dikebumikan di kg halaman iaitu di Ipoh selepas Zohor hari ini

AL-FATIHAH

p/s:info terkini mak n abah Ibu baru balik melawat tapi jenazah belum sampai lagi
     menurut bapa arwah ade keta yang nak elak moto telah terbabas dan menghimpit kereta arwah...