Assalamualaikum semua
Lagi 3 hari kita semua akan menyambut hari raya
Pastinya semua sedang bergembira
Bagi Ibu sekeluarga pulak macam besa2 jer
Tahun nih tak kan sama dengan tahun2 lepas
Tahun nih Yong sekeluarga beraya di Adelaide
Tahun nih juga merupakan tahun pertama ketiadaan adik tercinta
Bila dah dekat nak raya nih
Rasa sayu n sedih datang menjelma
Paling kesian pada Mak n Abah
Ibu dapat rasa kesunyiaan mereka
Masakan tidak sampai Abah dapat penyakit jantung sebab rindukan adik tercinta
Tapi Abah sangat tabah
Segala kerinduan n kesedihan hanya die sorang yang tanggung
Abah tak nak berkongsi dengan kami semua
Oh Abah tabahlah
Kami semua masih ade untuk menyokongmu
Dikesempatan ini juga
Ibu n keluarga memohon maaf
Jika ada kekhilafan kami pada sedara n kawan2
Tak kurang juga kepada pembaca yang tidak dikenali
Sekiranya tulisan Ibu menyinggung kalian semua
Semoga kita semua mendapat keredhaan n keberkatan di bulan mulia ini
Oh Ramadhan cepatnya berlalu
Dapatkah bertemu lagi dengan Ramadhan tahun depan
InsyaAllah
p/s : pic credit to google
1 comment:
slm aidilfitri to u too..!
Post a Comment