Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah.
Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.
Sabda Rasulullah SAW :-"Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah dikala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa didalamnya."
Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah SAW untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.
"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."
Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah SWT dunia dan akhirat.
Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa didalamnya.Rasulullah SAW biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.
Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:- "Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya dihari kiamat"
Mendengar itu para sahabat bertanya:"Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"
Jawab baginda:"Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang didalamnya pula terdapat seekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"
Sahabat menjawab:"Bahkan!"Rasulullah menyambung:"Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berseri-seri) disebabkan mereka bersujud (didunia), segala anggota mereka (terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu'!!!"
KEISTIMEWAANNYA
Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:- "Apabila Allah SWT hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (didahi mereka), dimana Allah SWT menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"
Begitulah Allah SWT memuliakan hambaNya yang bersujud. Orang yang bersujud mendapat keistimewaannya apatah lagi didalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.
"Tunjangkanlah resahmu didada SOLAT, himpunkan peritmu digenggaman DOA, tutupi kekecewaanmu dengan keTAQWAan dan nilaikan kesucian hatimu dengan keIKHLASan hati."
KEBESARAN SOLAT 2 RAKAAT
Allat SWT selesai menciptakan Jibrail AS dengan bentuk yang cantik, dan Allah SWT menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang, sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap). Setelah itu Jibrail AS memandang dirinya sendiri dan berkata:
"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?"
Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud.."Tidak"
Kemudian Jibrail AS berdiri serta solat 2 rakaat kerana syukur kepada Allah SWT dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail AS solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi diakhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat 2 rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."
Kemudian Jibrail AS berkata:"Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"
Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud."Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."
Kemudian Jibrail AS meminta izin kepada Allah SWT untuk melihat syurga Ma'waa.
SetelahJibrail AS mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail AS dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibrail AS selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh dibawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"
Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpulan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad SAW terhadap imbalan solat 2 rakaat yang mereka kerjakan..."
Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha lakukan...Sesungguhnya Allah SWT telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
*Allah SWT telah menyembunyikan redhaNya dalam taat
*Allah SWT telah menyembunyikan murkaNya didalam maksiat
*Allah SWT telah menyembunyikan namaNya yang Maha Agung didalam Al-Quran
*Allah SWT telah menyembunyikan Lailatul Qadar didalam bulan Ramadhan
*Allah SWT telah menyembunyikan solat yang paling utama didalam solat (yang 5 waktu)
*Allah SWT telah menyembunyikan hari kiamat (hari kejadiannya) didalam semua hari
Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini.
"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila ia mengkehendaki sesuatu, hanyalah ia berfirman kepada (hakikat) benda itu : "Jadilah Engkau!", maka ia terus menjadi"-ayat 82, surah Yassin
"Maut datang menjemput tak pernah bersahut, Malaikat datang menuntun untuk merenggut, Manusia tak kuasa untuk berkata-kata, Allah Maha Kuasa atas syurga dan neraka, terimalah habuanmu seadanya..."
Wallahhualam