Marilah bersama-sama kita menghayatinya
Sempena Maulidur Rasul kat Putrajaya ade sambutan
Ade perarakan dari Masjid Besi ke Masjid Putra
Ingat kalau bangun awal boleh gak p tengok
Tapi dah kalau Arissa bangun lewat tak dapek nak nolong
Kat cni Ibu ade copy paste satu artikel pasal sambutan Maulidur Rasul
Hukum Menyambut Maulidur Raul | |
Upacara sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. Malah jika perisian sambutan itu ada unsur ilmu dan ibadah ia tetap diberi ganjaran pahala oleh Allah Subhanahu Wa Taala. Adalah tidak tepat pendapat yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul adalah bid'ah dhalalah dan bertentangan dengan syariat. Upacara memperingati hari kelahiran Rasulullah saw ini telah dilakukan sejak 300 tahun sesudah Rasulullah wafat. Diantara pembesar yang menganjurkan sambutan ini ialah Malik Muzhaffar Abu Sa'id penguasa Irbil, Iraq. Dan seterusnya ia terus berkembang sehinggalah sekarang. Diantara ulamak besar yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul ini adalah harus dan digalakkan ialah;
|
Marilah bersama-sama kita mengenang saat kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW
Semoga kita akan sentiasa diredhai
p/s : article credit to www.al-azim.com